Minggu, 27 Februari 2011

40 Keistimewaan Wanita (4)

Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam, menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang sholehah.
  1. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  2. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  3. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  4. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  5. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  6. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  7. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
  8. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  9. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  10. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar